Selasa, 30 Disember 2008

TERIMA KASIHHHHHHH.........

Syukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan selamat. Maaf terlewat nak ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua kekawan dan ahli keluarga bertamu ke KL. Tak lupa setinggi penghargaan dan terima kasih buat Hanif sekeluarga yang sudi menaja majlis perjumpaan CGs. Memang seronok dan saya makan sakan walaupun siangnya nasi kenduri tak cerna lagi.Juga buat Cik Jah kita yang berusaha sediakan goodies, juga Husna Jef yang sudi hadiahkan brooch cantik berkilau, Tn.Haji dengan ole-ole dari Ganu dan Bumi Anbia. Yang lain tu sudi hadir dari jauh sudah satu hadiah yang bermakna. Cumanya tak puas sembang sebab masa singkat...bukan makan buah langsat yea.

Baguih cadangan Tuan Haji....InsyaAllah kita reunion di Bumi Anbia pula memanjat kesyukuran di hadapan rumah Allah.

Terima kasihlah atas ucapan tahniah dan tahniah atas kejayaan anak-anak CG lain.Walaupun maknya agak terkilan sebab cempedak jadi nangka (BM dan BI score ....B he he) redha dengan apa yang dah tersurat.Moga anak-anak akan berusaha jadi muslim yang terbilang dunia akhirat.Amin.

Selamat kembali ke sekolah.....Jumpa lagi.Salam Maal Hijrah.

SELAMAT APA SAHAJA

asalamualikum wbth

1. Tahniah dan terima kasih untuk semua yang menjayakan reunion kedua. Moga yang selanjutnya kunjung tiba. Mungkin giliran utara mengambil tempat. Atau selatan. Timur mula, tengah menyambut. Utara dan selatan menanti.(Gambar belum lagi diupload, sabarrrrrrrrrr)

2. Syukur dan selamat kembali kepada Puan Hajjah Eda. Tapi besi bengkok sebagai bukti ziarah kekawang. Jadinya, besarkan lagi pintu pagar rumah. Tak kisahlah lemek keretam janji dapat ziarah kekawangg dan ambil bau/berkat bumi anbia. Bagi Cgs yang belum ke sana, sila daftar dengan segera.

3. Selamat berangkat untuk Hanif sekeluarga. Apa kata kita rencanakan umrah bersama-sama nanti untuk, CGs. Fikirkan cara dan praktikalnya.

4. Tahniah untuk Hakim 6A, Husna 5A, Umi ( ?????) * tak rott cetong* !!! dalam PMR 2008. Ada lagi ke yang belum dilaporkan. Sila maklum. Amaklumlah ramai sangat CGsssss.

5. Selamat Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru (Tahun Baru Cina lambat lagi)....moga semua hajat dan harapan tercapai.

6. Sedih Angah, terubat kot dengan YamTuan Baru, Mukhriz. Nanti junpa lagi di episod mendatang. Moga anakanda selamat sejahtera.

Wassalaam

Sabtu, 27 Disember 2008

renunion-2 Kawasan tengah

-Sebagai penutup 2008. Seronok sangat. Tak sabar nak tengok gambar. Reunion3 kita buat di utara pulak no.

-Mempertemukan hampir semua ahli cg dan keluarga. Besarnya keluarga cg. Harap2 reunion3 nanti saya antara yang akan menambah bilangan ahli keluarga cg. 

-Makanan. Hmm! sedapnya. Dlm demam2 pun saya makan nasi siap tambah lagi. 
Goodies dan buah tangan. Terima kasihlah kepada semua penyumbang. Maafla tak bawa buah pala.

-Penginapan. Selesa sangat. Terima kasih Jah + Hamid + anak-anak. Siap teman shopping kat ikea lagi. Tapi saya duduk kat tingkat bawah je. Tak sihat. Kalau saya sihat mau shopping sampai petang.

-Terima kasih kepada penganjur kawasan tengah. Jah, Sari dan Hanif. Seronok dan terharu sangat.

-Terima kasih kepada Usop, Nani, Pak Lah, Jeff kerana sama2 hadir dalam pertemuan setelah 20 tahun berlalu. Siapa sangka ya.

-Harap dapat jumpa Angah.

-Eda! Selamat pulang ke tanah air. 

Miss u all



Isnin, 15 Disember 2008

best tu

Assalamualaikum,

- Macam best aje. Terima kasih kepada penaja.
- Ahli keluarga saya (1+1).
- Tapi malangnya kalau malam tak dapat la saya join sebab pagi esoknya (26hb) saya ada kelas. Kena balik Kedah petang atau lepas maghrib. Apa2 pun insyallah saya akan hadir pada 25hb nanti. Dapat berjumpa dan berkumpul dgn keluarga cg pun cukup la.
- Apa kata kita berkelah kat padang UKM atau mana-mana2 siangnya. Sari boleh minta kebenaran UKM kot. Lagi pun kalau UKM tu saya tau la nak pi kalau tempat lain tu blur banyak. Takut sesat barat timur la pulak. Lepas tu siapa nak pi rumah siapa (untuk Pak Aji, Akak Nani, Angah, Eda dan saya la) terpulang la, lepak2 sebelum berkumpul semula di restoran tu malamnya. Cadangan aje.
- Ok jumpa semua pada 25hb Dis 2008.

REUNION...JGN MALAYAN UNION UDAHLAH

Asalamualaikum

Terima kasih kepada penganjur, ....TAPI muskykil....bila mula dan bila berakhir..
Maksudnya, 25 Dis...atau bila.Kena confirm awai-awai

Ok, dan apa agendanya....hi, hi..Bila daftar....dan menunya...sedap rasanya!!!

Apapun, saya nak keluar negeri jab...20 balik....passs tu boleh g KL ramai-ramai.

Bilangan rakyat jelata den...8, tapi camno nak jumlah semua anak beranak CG, sebab ada yg miss blog....dan pasal nk ke restoren tu...kena ada peta nanti makan langsat kenyang....
wassalam

Sabtu, 13 Disember 2008

SELAMAT DATANG KITA SEMBANG-SEMBANG

Alhamdulillah,bos besaq dah bagi blog conference.Kami setuju aja.Sayapun dah caling-caling dengan Cik Jah kita.Kamipun excited buat persediaan nak menyambut kedatangan ahli keluarga yang lain ke KL.Tak pa, kami memahami situasi Hanif. Masanya saya rasa molek juga sebab hari tu saya ada dua majlis kenduri kahwin di rumah pak sedara, satunya di Selayang. Dan kebetulan kaum kerabat (maaf pinjam istilah ni walaupun bukan kerabat diraja) dari Johor pakat turun ramai-ramai ke KL.Rumah saya jadi guest housenya. Tak pa akak Nani kita pakat-pakat jadi baby sitter.InsyaAllah bawalah baby boleh gak kami kenai anak buah.Danish, good boykan?Alahai jangan dok risau, Hanif tau kita selesa....Cepatlah masa berlalu.Tak sabaq ngalahkan anak-anak.He he he.

Terima kasih bebanyak buat penganjur yang dalam sibuk masih sempat uruskan majlis. Lepas tu mailah rumah saya.Kita sambung sembang sambil kudap-kudapan (ada yang mengidam?)Jef Husna, Nani Imran, Angah, Azah, Tn.Haji ,Jah, Pak Lah, Hanif semuanya bersama ahli keluarga datanglah ...

Jumaat, 12 Disember 2008

Tak Sampai Hajat...

Assalamualaikum wmt. wbt

1. Terima kasih banyak-banyak kepada penganjur reunion kerana akhirnya dapat memilih tempat untuk majlis reunion kita . Tapi tak sampai hajatlah nampaknya nak berkunjung ke villa Tn.Hanif yang dah masuk majalah tu kali ni. Tak pe, lain kali insyaallah pasti sampai. Tapi akak tak kisahlah sebab yang penting kita seme dapat berkumpul ramai-ramai. Kat mana tempatnya tak kisahlah. Restoren pun restorenlah.

2. Cuma satu je, boleh ke kita sembang lama-lama kat situ,tak mengganggu ke orang lain? Maklumlah,. suku-sakat kita kan ramai, akak saja dah satu kapal (bil : 2+6+1) Riuh rendah rasanya nanti. Silap2 pecah restoren tu nanti..

3. Akak cadangkan kita jumpa sianglah, tengahari ke, petang ke. Tak kisahlah, janji bukan malam. Maklum, ada baby dan anak-anak kecik ni susah sikit nak keluar malam-malam..

4. Sekali lagi, besarlah harapan akak agar semua dapat hadir...

Wassalam...

Reunion oh Reunion

Salam Aidiladha,

Maaf kerana lama menyepi.Tak sempat nak reply sbb hari ni baru masuk off. Pasal Reunion kita tu saya dah bincang dgn Khadijah tadi dan kami mencadangkan agar kita berkumpul pada 25 disember di Restaurant AlRawsa,sebuah restoran Arab yang terletak di Jalan Ampang. Tempatnya privacy sikit dan ada bilik khas untuk group kita.Bukan tak nak buat kat rumah tapi kalau kawasan rumah kami mcm rumah ucop tu bolehlah kami buat.Tapi tidak bermakna kalian tak boleh datang ke rumah kami.Jeff dah ada di KL dan insyallah dia akan menginap di rumah saya. Sahabat kita yg lain macam mana.Dah ada tempat menginap ke? Ucop mungkin boleh ke rumah Pak Lah . Kak Nani , Azah dan Angah mungkin ke rumah Jah atau Sari.

Cadangan saya kita berkumpul di Restaurant tersebut selepas Maghrib.Kalau nak sembahyang di situ pun boleh juga sbb ada surau khas untuk solat.

Menu biar saya pilih sbb saya nak belanja ok.Cuma bagi tahu saya jumlah ahli keluarga yg akan hadir.Yang pasti makanan Arab Lebonan - kambing,lembu dan ayam pasti ada.

Saya harap semua setuju.

Sila bagi maklumbalas asap.Nanti saya akan dapatkan alamat dan peta lokasi restaurant

Wasalam


Dari HANIF n FAMILY

Khamis, 11 Disember 2008

Apa lagi, reunionlah...

Assalamualaikum wmt wbt

1. Akak memang sangat tertunggu-tunggu dengan ketibaan tarikh keramat 25.12.2008. Akak doakan semoga akak sekeluarga diberi Allah kesihatan dan kelapangan pada tarikh itu. Memang excited sangat nak join reunion tu.

2. So akak doakan jugak untuk kengkawan semua dan keluarga masing2 diberi kesihatan dan kelapangan supaya dapat join reunion tu jugak.

3. Jadi akak harap sangat semuanya akan dapat datang masa reunion nanti walaupun sedih jugak che Eda dan anak-anak tak dapat join.

4. Tak kiralah tempatnya di mana, tapi confirmlah awal sikit. Akak akan ke Gua Musang dulu pada 18.12.08 dan 20.12.08 akan bertolak ke KL dari sana.

5. InsyaAllah kita jumpa nanti. Wassalam

Rabu, 10 Disember 2008

SALAM AIDUL ADHA DARI ZON TENGAH....

Masih lagi dalam mood beraya. Baru balik dari Johor dan suasana raya disambut dengan banjir kecil di Kluang. Anak-anak sakan main air depan rumah kita mak pak kecut perut. Syukur air surut menjelang Zohor.

Reunion, insyaAllah tetap akan berlangsung seperti dirancang. Cuma masih dalam perbincangan dan tempatnya akan diconfirmkan nanti. Sabarlah yea...Walaupun tak sehebat penganjur dari Kuala Besut, kami cuba buat yang terbaik agar semuanya terkonang-konang bilo balik tompek masing-masing.

Jumpa lagi...

Isnin, 8 Disember 2008

Salam Eidul Adha

Selamat menyembelih sifat mazmumah dalam diri dan
selamat berkorban jiwa raga demi ummah,

Mari kita sama2 ihramkan batin kita menuju Allah yang Qudus,
Sama-sama kita lontarkan syaitan dan nafsu jahat di Aqabah hati,
Sama-sama kita meng'Ibrahim', meng'Ismail' dan meng'Hajar'kan diri kita.

Salam Eidul Adha, semoga pengorbanan kita semua diterima dan diberkati Allah.


Ahad, 7 Disember 2008

We're in, reunion, here we come....

Salam,
Insya Allah, orang KK akan join. The big question is WHERE will it be??
We'll see you all soon. 2nd generation yang dah excited tu, kenalah sabor dulu ye!!

W'Salam.
Husna

SETUJU???????????????? RE-UNION

MANA PIE ORANG???

SET GANU CONFIRM DAH 25 DIS....

ANAK CUCU DAH SUKA NAK P KL.. ORG KL TAK JAWAB-JAWAB......APO KONO EH JANG DAN MILAH???


TUNGGU JAWAPAN SEGERA....

APAPUN SELAMAT HARI RAYA KORBAN MAAF ZAHIR DAN BATIN

Episod Senyap Sunyi...

Mana korang semua ni?
Dihanyutkan banjir ke?
Kat pusat pemulihan mana berkampung?

Reunion tempatnya di mana?
Palace of the Golden Horses? Banglo indah Taman Nakhoda?
Atau Villa Ma'am di Bandar Damansara
Atau mungkin di Pusat Pemindahan Banjir mana-mana SK or SM?

Penganjur di KL, berilah jawapan segera.................