Selasa, 26 Februari 2008

NAK PILIH APA SEMUA ADA

Salam. Lama gak tak jengah blog. Biasalah cikgu cikgi ni kerja yang sambung menyambung. Kak Nani wooi (walaupun saya tua banyak bulan dari dia) syok gak hangpa rentas desa. Saya- larian jalanraya sekolah dalam taman tak dak desanya. Cikgupun jaga check point dekat tempat longgok sampah. Dalam terik panas pagi, harupun ada kelakarpun ada. Drebar teksi hon tanya nak gi mana? Aisey senyum ajalah.Kisah benar.

Demam pilihanraya? Meriah gak di mana-mana. Saya petugas. Jadi faham-faham ajalah. Undi dah siap di X.Pilih jangan tak pilih. Guna akal guna makrifat. Biarlah Islam agamanya.Saham kita kat akhirat. Dan kita akan ditanya nanti. Seronok gebang dengan Jah MatNoh dan hubbynya lewat kunjungan ke rumah saya hujung minggu. Ada gaya bakal wakil rakyat TOKAI. Terima kasih sudi ziarah kami walaupun menunya tak seberapa.

Buat semua teman SELAMAT MENGUNDI SEIKHLAS HATI PILIH APA-APA PARTI. Jangan parti TUPPERWARE sudahlah.Jumpa lagi dan kita tunggu keputusannya.

Isnin, 25 Februari 2008

Selamat Mengundi

Mari lah mari pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan kepada negara
Undi la undi yang berkenan di hati
Pak Lah, Najib, Khairi, Azarina
Tok guru, Nasaruddin, Ahmad Sabu, Hj Hadi
Wan Azizah, Nurul Izzah, Khairul pun ada
Karpal, Gorvant, Kit Siang, Guan Eng lagi
Sami Vellu, Koh Tsu Koon, Ah Keat orang lama
Zainudin Maidin calon Sg Petani
Jangan sampai nanti sakit kepala
Kerana nak tunggu lima tahun lagi
Baru boleh undi semula yang berguna

Undi tetap rahsia walaupun boleh teka

Rabu, 13 Februari 2008

DEMAM DAH MAI

ASALAMUALAIKUM

Demam pilihanraya dah mai. Hari ini Pak Lah Hadhari umumkan bubar dewan.
Sekalian rakyat jelata, akan mengundi pilih kera jaan baru. Kera jaan yang baik dipilih oleh rakyat yang baik.

So terpulang kepada anak cucu Cg untuk menilai dan mengundi kera jaan mana.
Undi rahsia. Tapi kempen tak per.

Satu pesanan je, nak pilih ingat sama surga neraka. Baru line clear. tak ghtu mek dara, mak daro, pak dia, pun serupa jer.

Kita idup pun tak lama. So bairlah semua benda dan perkara ada pahala. Dosa minta jauhkan.

Yang haram jangan buat. Haram dalam semua hal. Termasuklah undi, pangkah dan sewaktu dengannya.

Sekian seadanya.

cmr
puteraadam dot com

ziarah maya

nak ziarah dari rumah ke rumah tak larat la. Nak tunggu reunion lambat lagi kot. Jadi masuk la laman web cg nak tanya khabar berita ahli dan keluarga cg semua. Mudah-mudahan semua ok. Saya pun ok. Saja nak bagitau cikgu-cikgu atau anak-anak cikgu atau pensyarah atau officer besar2 kalau nak tulis jawi gunalah jawi converter. Mudah sangat. Tulis dalam rumi. Lepas tu convert ke jawi. Kelip mata dah siap. Tapi kena edit la sikit-sikit. Cuba la di alamat ni:

http://www.ejawi.net/converter

Rabu, 6 Februari 2008

Apa-apalah, asal bahagia!

Assalamualaikum wmt wbt.

Semoga semuanya di bawah lindungan dan rahmat Yang Maha Esa. InsyaAllah.
Terlebih dulu, terima kasih banyak-banyak di atas doa yang begitu kudus dan mulus ya ukhti Dr!nani_imran tu bukan ape tido memanjang, minggu sudah musim rentas desa jadi akak pun terpaksalah masuk kampung dan desa, lewat petang baru balik, malam apa lagi tido awailah jawabnya. Minggu ni pulak minggu olahraga, same lah jugak, turun pagi balik senja, malam tak sempat buat ape2 dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Penat badan akak ni, maklumlah dah masuk 43.... Tu yang nani-imran tu dok tido je tu. Satu lagi pulak si imran tu mengamuk dengan anak2nya dok mengadap komputer je kerjanya sampai tak nak tengok buku. Jadi komputer jadi barang kawalan dan larangan. Arahan tutup, jangan buka2. Jadi si naninya tidaklah berani nak buek apa2. Ni pun, sebab budak2 dah semua tido, jadi beranilah akak membukanya. nantilah, dah reda2 nanti kita ber IM semula.

Kawan kita kat negeri di bawah bayu tu tentu sedang bergembira makan besar ari ni. Apalah khabar agaknya, senyap langsung...Sepi terus tanpa khabar berita. Agaknya dah kena tambat kakitangan kot...kesian..............

Dr kita dah selalu pi kursus tu, rajin-rajinlah jengah blog, sebarkan ilmu yang diperolehi tu, jangan dok peram aje. kami ni tak ade can nak gi tadah telinga dan kutip point. jadi kami harap sangatlah ilmu tu disebarkan. Mas Aji pulak kalu nak short cut acu cuba try kontek Mak Daro Anok 5, dengar khabarnya, dia memang terer bab2 short cut ni. Kotlah dia boleh nolong. Dia tu PTK 16.02 ni, mesti tengah tension menyiapkan esei dan powerpoint tu...

Okaylah cik Sari oi, sibuk2 pun jangan sampai kurus kering pulak, susah atilah pulak kalau kawan-kawan yang lebar-lebar tu tiba2 jadi cikeding, maklumlah nanti dikatakan tak disayang suami pulak atau yang suami tu tak disayang isteri. Asal jangan masuk kategori 3G udah le...

Okay, jumpa lagi. Wassalam.

Doa seorang kawan

Allahumma Ya Allah. Engkaulah Tuhan yang Menguasai diri kami
Engkaulah yang Maha Mengetahui akan kelemahan kami
Engkaulah yang Maha Sempurna
Kami memohon perlindungan dan pertolongan Engkau
Jadikanlah kami hambaMu yang kuat bekerja dan taat beragama
Permudahkan kami mencapai kesempurnaan dalam pekerjaan kami
Terimalah pekerjaan kami sebagai amal soleh di sisiMu
Pautkanlah hati-hati kami dengan ikatan persaudaraan
Jauhkanlah daripada kami rasa hasad dan dengki
Ya Allah janganlah Engkau tutupi hati kami dengan kegelapan
Setelah Engkau berikan kami petunjuk dengan cahaya keimanan
Amin Ya Rabalalamin.

Isnin, 4 Februari 2008

Madah Berbicara

Asalamualaikum
Bicara semakin ceria. Girang semakin mengisi ruang. Hanya waktu memisahkan CG yang lena dalam pelukan kerja.
Nak sudah bicara, kerja buat kita atau kita buat kita. Kita jadi tuan kepada kerja atau kerja jadi tuan kepada kita.

Wal hasil, masa sentiasa menghambat. Hambatan yang tak pernah surut.

Itulah, semuanya bakal mengisi muzium ingatan. Kanvasnya sendiri bina, sendiri conteng.

Apa khabar putera puteri CG, tahun periksa silih berganti. Usah ibu dan bapanya demam gara-gara anak periksa.

Demam pilihanraya semakim mengusik jiwa. Undi itu rahsia. Tapi kempen dibenarkan.

Pada yang sudi terus menulis, hamburkan segalanya. Masih ada insan yang sudi.

Wasalam
CMR

nak sembang jugak

walaupun tak ada apa yg menarik nak disembangkan. Saja nak memeriahkan blog.
Sari! Kalau kita tak hambat kerja, kerja hambat kita. Kalau kita tak tambat kerja, kerja tambat kita. Kira okla tu. Tak oknya kalau anjing hambat kita atau kambing tambat kita, baru la kalut. My 2 sen
Nani!Awat Nani-Imran tu dok tidoq memanjang. Tak mau kejutkan dia ka?
Pak Aji - PTK tak dak short cut, kalau CPD ada la - syok cut. Kalau nak join la USM.
CG lain- ??????? entahla

SEMBANG-SEMBANG

Salam dan sesekali rasa nak menjengah blok. Bila ada kesempatan ada rasa sunyi pulak tak gebang terutamanya dengan kekawan yang biasa meriuhkan suasana. Maaflah. Tak mahu bagi alasan tapi realitinya beralasan. Tugas tugas yang menghambat di sekolah dan di rumah. Macam kena tambat. Bukan macam tambat kambing ya. Konotasinya berbeza. Tanya sama Tn.Haji Cop Mat.Dia pakar bahasa. Saya cuma cikgu bahasa yang biasa-biasa.Atau Munsyi Dewan kita nun di negeri bawah bayu. Anak-anak, isteri dan suami bagaimana. Moga semuanya sejahtera sihat dan bahagia, dunia dan akhirat.Itulah yang dapat saya katakan. Jumpa lagi.